Saturday, October 24, 2009

tadaa second verse~

helo bloggist2 tegar..
setiap hari aku login,aku type2 sket n save.
banyak seyy nk cita tapi masa tidak mengizinkan.
bahahaha.ooo n plus serius tahi aku malas.
fine laa..oooonnneee fiiiiinnnee dayyy aku start balik aaa.
aku backdatedkan aa segala draft yg dh ada.kecoh aih.
akhir kata sekali lagi, better late than never lagi:
1.Happy Birthday Ka
2.Happy Birthday Yo
3.Happy Birthday Yus
4.Happy Deepavali.

Sekian terima kasih.
Ps:jalur lebar tu broadband ke?wow.ok akan ku bejalur lebar balik krn bleh bantu rm500. lalala

Thursday, October 08, 2009

tadaa~


it's been awhile.
and it will still be awhile.
to update this. and that.
aaalllloott of thinggies, but i just dont have broadband time

ergh.
bored.

ps: better late than never. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin~
see you when i see the connection. blergh~

Tuesday, September 08, 2009

medicine~

teremakaseh dr bulu kerana memperkenalkan video ini.

berjuta tepok tangan pada yg mengedit video ini.

anda memang menghiburkan kami sekeluarga dikala duka dan lara.

conclusion: jgn p clubbing dan pukoi pukoi org~

Sunday, September 06, 2009

one more time~

cobaan satu dua.
harap berjaya!

Bismillahhirrrahhmaaanirrahim.
Fuaaaaangggggg~

Friday, September 04, 2009

betul!

yaa saya tak puasa
maka tak bangun soq
dan tak update

weehu.
mungkin harini
atau besok
atau bila mataku terbentang luas.

selamat pagi~

Tuesday, August 25, 2009

hook ahhh~


we've been discussing bout this years ago
and case closed

so this is the latest
doncha tell me no more damai
after no siggarato?

donchaaa..very hard like this.
got to do some research then
taraa~

life is no damai anymore
Posted by Picasa

Monday, August 24, 2009

no~

i cant take it anymore
i need a rest
no
i need an end

menguap kuap luap usap~

ramaiinya orang jadi camni hari niiiiii kat siniii..
tengok kiri nguap, tengok kanan nguap,
tgk depan nguap, wowwww sebbaik pakai mask, xnampak aku nguappp
wuhu
oishh lagi 3 jam nak balik
siap sedia siap sedia~

membunuh masa~


takleh takleh.
memandangkan kalo lepas soq aku tidoq..confirm akan hanya sedaq diri pukul 1030 pg. maka dengan ini aku isytiharkan hari2 akanku update ah disini. wow. akhirnya, active jugak menatang ni.

maka dengan ini, cerita tak lain tak bukan.
aku bukak posa pa. and aku soq pa.
kalo aku buleh pikiaq cita len aku cita.

hari pertama.
aku soq - nasi goreng ikan masin lembik, tak baik buat kat orang penat2 bangun tapi dapat makanan mcm ni wahai idaman. lain laa ni first time hang bukak 24hrs, bulehla dimaafkan. ini tak dari dulu aku kenai hang idaman, sampai sekarang mmg 24hrs hang bukak. then whyy makanannya begini, adik aku mintak nasi goreng lain pun sama ja mcm aku punya, shud mintak nasi goreng lain pon sama ja dengan nasi goreng ikan masin lembik aku.buhuhu. idaman u are fired. sebbaik ada milo panas.

aku bukak - nasi beriyani dan ayaq tebu. sedap. beli kat ttdi. oh oh lupa. aku berazam dengan wanie, posa thn ini tidak mahu tamak dan haloba. so masa parking aku bagitau wanie..


aku: aku nak beli nasi dan air sahaja.dats it!yang lain apa pon takmo.
wanie pon..ok! aku pon.aku tanak membazir.

2 saat lepeh tu.

wanie: tapi d, kuih tanak ka? cok badak ka emm bukan hang suka popia kaa?
aku: takmauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
wanie: ok ok. karipap?
aku: hang paham dak aku cakap takmau.
wanie: ok! aku ikut hang. thn ni jgn membazir.

dan pantas gila kami membeli makanan, tak survey apa dah. on the way to kereta, aku nampak putu piring.
aku: ani..tu kuih fav hang.
wanie: aaaaaa putu piiiirrringg.aku nakkk.


dah agak dah dia nak jadi camtu.

dan kami tunggu situ dekat 30 minit sebab orang depan kami beli rm20 (satu 5 kupang) gila rasa macam jogathon. agak2 aaa abang oihhh, hang nak buat kenduri kaa apaka, order la awai2, tepon ka apa, ini beli mcm memang siap ada. krohhh. oh yaa, wanie beli rm3. tamak pehtu tak abih pon.

hari kedua:
aku soq - nasi lemak palm spring lazat dan milo panas. nyamnyamnyam sedapnya
aku bukak - nasi dagang beli kat ttdi. dan aku berak ulang alik 5 kali. u are fired pakcik i dont know ur kedai's name but i remember ur face jangan harap aku nak beli lagi!

hari ketiga:
aku soq - nasi lemak palm spring lazat dan milo panas. nyamnyam tak berapa sedap dah tapi mampoih p janji aku makan.
aku bukak - tatau lagi laaa. satgi baru tauuu. win ajak bukak sekali!

ok sekian. wuhu. dah 647am. nak p siap2 dah. (fuih awai gila..aaa ngantok..kalo nak nap pon mesti telajak niii...aaaaa satgi kat ofis bukan leh dapat nescafe. aaaaaa..fuangg.)

ok babai..doakan mataku tak kelat~

also!~

someone post it in PostSecret.

wow..so Lokman n I are not the only two belengaih! weeeee~

last time~

aku boleh tak tidur sampai beberapa hari and mukaku tidak buruk
aku boleh menghentak-hentakkan kaki, melompat-lompat, membanging mendengar lagu bising
aku boleh pergi ke konsert2 dan membeli t-shirt mereka
aku boleh melompat kegirangan setiap kali di hari pertama kawan bulanku datang
aku boleh buat apa yang aku suka
aku boleh pergi melawat kakakku di scotland sana
aku boleh botakkan kepalaku
aku boleh hilang ingatan dan senyum kegembiraan
aku boleh riang ria, tadak satu pun menyakitkan hati
aku boleh tak p sekolah dan mak aku tuliskan surat sakit
aku boleh bersembang dari pagi sampai ke petang sampai ke malam sampai ke pagi
aku boleh berlari hebat
aku boleh melihat plat no walau jauh dimana ia berada dan menambahkan nombornya
aku boleh tengok movie 85 kali
aku boleh berdiri di tingkat empat dan tidak rasa meremang di lutut
aku boleh tak makan beberapa hari
aku boleh buat bodo
aku boleh buat assignment dengan sekelip mata
aku boleh makan mcd setiap hari
aku boleh jadi director setiap kali pejam mata
aku boleh menjaga mulut dari mencarut
aku boleh bertindik dimana jua dan meraung sekuat hati

sekarang



boleh tu boleh laaaa tapi lambat sikit la nak jawab ya.
haish dah tua sangat ni kalo jadi camni.
damn.



bolehkah rewind?
tapi nak rewind part yang aku nak ja.
part yang aku buat benda2 diatas
wow. oh oh kalo camtu panjang gi ahh list aku.
tamak.
pasey tu takleh rewind.
arghh.
ps: first time aku menahan diri tak susun ikut panjang ayat tu. tahan tahannnnnn, jangan edit!~

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa~

Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat, Selamat Bergembira Berpuasa~

Friday, August 21, 2009

pre-caution~

sambungan cita semalam....

hihi, memandangkan aku sesema macam nak tekuaq anak tekak bila bersin
dan mempunyai kesedaran bahawa kemungkinan ada penyakit berjangkit itu
dan tidak mahu orang lain terkena juga,
maka aku menkuarantinkan diri sendiri didalam bilik ini

sampai la aku p klinik
berjumpa dengan doktor kegemaranku,
aku kalut bertanyaaa oh doktor saya ada h1n1 kaaa
saya sangat takut. tolong check saya cepat
dan doktor itu, mentang2 hang doktor
buleh sukaati cakap aku ada h1n1.

mulalah aku menggelabah
dah terpikir jantung aku, paru-paru aku.
arghh takotnyaa, arghh.

dan mungkin dia takot aku patahkan kerusi dia kot,
selepas 5 minit aku tak keruan
baru dia cakap, tadaklah, awak demam sesema ja,
tak demam pon, sesema, and tekak awak dah start kering.
bukannya h1n1 pon.

fakk ah.
benda ni bukan bleh memain dowh.
ketaq seyyy.
tapi takpa..
i got my mc, my prescription and im free from h1n1.

wuhu..oh oh doktor tu bagi mask jugak.
yeay, buleh blakon jadi doktor bedah lagi. yeay! yeayyyy!~

Thursday, August 20, 2009

sesema~

harini aku p keja naik lrt.
ketaku perlu ditukaq tayarnyaaaa, nak balik kampung maaaaa wuhuuuu

nasib baik ada mask. so sakanlah aku memakainya
i thought sumorg pakai..but NO, buleh kira one two three four ja org yang memakainya
whatt? dah habih kaa penyakit berjangkit ini?
awat dah ada vaccine ka?
pelllleeekkk aih.

so benti kat universiti station
amik cab pulak..n the taxi driver pon bagus pakai mask
baru ja puji bagus, tapi tak bagus sangat sebab gatey, tampaq pala senget.
tapi apapapon baguslah sebab ada kesedaran utk memakai mask itu

tiba-tiba. i dont know why.
lepeh lunch, aku start sesema
humm pellllekk aih,hatiku mula bedebar.
oiihh jgnlah aku kena penyakit ini
janganlah
janganlah
janganlah
jaaangaaaaannnn

sampai malam, aku sesema horror. shit.
im so scared. tidoq ah.
besok sambung ah.
takleh napeh dah

babai~

ps: first time aku tak amik clarinase. fuyoo~

typical~

yes. boss aku mengajak berjimba-jimba di jalan bellamy.
yahuu makan ikan bakaq. terubuk! terubuk!
memandangkan sabtu dah nak posa kan.
maka pukul 1230 kami berempat (aku, boss aku, dan 2 kakak sekerja aku yg lain)
bawakla dia keta laju2 nak sampai sana cepat.

and ramai gila orang, beratoq sepanjang yang buleh.
ramai gila nehh.magistic gila.
orang berebut mcm gila. and typical malaysian
i just dont understand why on earth, u can see that everryyybody been queing, yet u still want to stand beside that kakak and when the terubuk/pari/cencaru/sotong ready, u are the 1st one to grab it, where the fact is, all this people patiently waiting for their turns before you.
cewah dan dan shrong shreng shrong shreng.

tapi seriously. hang baru sampai, bepeluh2, pehtu nampak sumorg dok beratoq tak ingat ni.
hang buleh buat muka taik kat situ, and bila ikan tu siap, siap berebut and marah kat orang yang dah beratoq ni cakap, heyy itu saya punya laa. tak nampak ka? gila ka apa. orang tu beratoq awai gi kot dari hang. dok terlioq sakan, tunggu pakcik tu dok bakaq. hang baru sampai 1 saat tunggu dah nak marah2. gila babi. and orang yang beratoq tu bleh dok diam tak kata apa.

tapi bila ikan aku disambaq oleh orang yang bahlul, bangang takdak kesedaran sivik ni, aku dah beratoq lama gila, baju aku bau ikan bakaq dah ni, plus sakit hati tengok hang suka2 ati buat muka cute konon, pehtu hang nak marah kat kakak ikan tu sebab bagi ikan tu kat aku, maka aku pon

"KAKAK, ORANG LAIN SEMUA BERATUR, NAMPAK TAK?"

dan aku mendapat tepukan gemuruh. huish. aku terasa macam aku pakcik yang bakaq ikan tu, memercik2 kan minyak diatas ikan, kemudian pouff api menyala besar. pouuff. kalolah aku tau cakap sepatah camtu dapat tepukan gemuruh, dari tadi aku cakap dah.

bastard, aku kehilangan kesabaran lagi. arghh. wahai hati..anda tahu tak saya ini dalam keadaan memanagekan anger saya ini? tolonglah bekerjasamaaaaa. argh arghh. bodo punya kakak. kan dah terbuat show disitu.

dan kemudian kakak itu tersipu-sipu sambil terkumatkamit mulutnya. i dont care if u want to maki me laa kakak. kalo pegi court, aku buleh menang tau. takyah lawyer. i can defend myself. buahahahha (mcm pernah aku guna ayat ni)

anyway, setelah dekat setengah jam aku bediri kat situ, aku dan rakan2 sekerja sekalian gembira menjamu selera dengan 4 ekor terubuk, seekor sotong besaq taala (rm20 benaq! sebbaik aku tak makan sotong) dan seekor pari yang bertoksin, nasi putih dan sayur, limau ais dua, sirap limau ais dan teh o limau ais.

dan kakak yang jahat itu..mampoih p kat hang aa hang nak makan pa. bukan boss aku belanja hang pon.

nyamnyamnyam.

quote of the day: ehh makan makan, lepas ni takleh makan dah, dah start puasa, nak apa lagi? burrpp burrpp. potpetpotpet (teka sapa yg quote?...yes..kakak jahat bodo itu. sekian)

Wednesday, August 19, 2009

coooobaaaaaaan~

tadi dh try, takleh
2nd try, kalo xleh gak..

Bodo piangggggggg!
Fuaaaannngggg~

diedit 2saat kemudiannnn HEBAT SEYYY PHONE NIII
Wuwuwuwuw awat phone aku taklehhhhh

Monday, August 17, 2009

aiskrim dan katak babi~

pada suatu hari tokwanku datang kerumah ku. tak ingat pasepa dia mai, mungkin ada kenduri kot. seperti biasa, dia akan melawak-lawak, bermanja-manja dengan adikku. bluergh. tiba-tiba kedengaran loceng aiskrim dihadapan rumah. kring kring..wohh aiskrim. dan kami bertiga (aku, kakakku dan adikku) terkelip-kelip dihadapan tokwan sambil berkata..nak aiskriiiimm tokwan. maka tokwan pun suruhla panggil apek itu.

"ba. baaaaa. baaaa. sini sini. kami nak beli aiskrim."
"benti baaa. kami nak aiskriiiiimm."

kami bertiga menjerit-jerit memanggil baa itu sambil melompat dan melambai dan melompat dan menjerit dan melompat agar baa itu benti.

rumah aku dengan jalan luar agak jauh.

(gambar hanya contoh nak tunjuk cemana jauhnya rumah aku dengan jalan depan...lebih kurang camni aaa tapi jauh sikit lagii.)

so baa itu pon hanya benti dekat depan tu, tak masuk sampai depan umah.pemalaih betoi.

aku pon berkata pada adikku:

"lokman p lari kaih, satgi baa tu tak benti, tak dapat aiskrim..lagipon lokman lari lajuuu.."
dan disokong oleh kakakku.

(memang adikku seorang yang laju pelariannya, tidak dinafikannn) makaaa adikku keriangan terus berlari ke arah apek aiskrim. tokwan dan kakakku mengekorinya sambil berjalan perlahan-lahan utk membayar aiskrim kami. aku? aku masih terkial-kial mencari kasut/selipar (saja buat lambat2, jauuh dowh nak p jalan depan sana..)

tiba-tiba adikku sudah berada dihadapanku, temengah-mengah penat berlari,

"nah kokchu..ni aiskrim kokchuuu"

yay!!..so aku pon takyah susah2 nak p jalan sampai kedepan sana. aku pon makan aiskrim dengan penuh kegembiraan. adikku, dengan penuh semangat pegi berlari semula kehadapan sana utk mengambil aiskrimnya pula.

sedang aku sibuk makan aiskrim dan masih terkial-kial cari mana kasut aku nehhh, aku dapat melihat adikku sudah mendapat aiskrimnya. dia berlari ke arahku dengan penuh kegembiraan sebab dah dapat aiskrim. dia menjerit Yay! Yay! Yay! sambil menjulang-julang aiskrimnya. Yay! Yay! Yay! julang jula juli lagi aiskrimnyaa. seronoknyaa diaaa macam tak penah dapat aiskrimmm.

sedang sakan dia Yay! Yay! Yay! tiba-tibaaa.... poppp, jatuh dah aiskrim diaaa.tinggal cone dia ja, aiskrimnya yang lazat itu terjatuh, sebab dia dok yay sakan. terbehenti lah sekejap adikku itu melihat aiskrimnya jatuh diatas jalan. dia mula sedih, bajet dapat aiskrim baru aaa, baa tu dah jalan kottt..buahahaha sorry lambatttt. kak yang mula menjerit, haaa tulaaa lompat lagi. dan tokwanku pun turut memarahinya, sapa suruh lariiii!

dan melihat keadaan aiskrimnya begitu, aku cepat2 makan aiskrim ku.. buahahahaha padan muka hang lokman, sapa suruh yay! yay! sangat..bodo piang. aiskrim kot, hang ingat goreng pisang nak menjulang-julang camtu.

dan hari itu, aku makan aiskrim sedap dan lazat manakala lokman makan cone yang adalaa tinggal rasa coklat hasil bekas aiskrim dia yg jatuh tadi..buahahaha. padan muka hang lokman.
tapi..aku rasa buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..kan dari tadi aku dok kalut nak pakai kasut kan, pehtu akhirnya aku jumpa kasutku, tah sapa p letak kat bawah tu. soooo aku pun pakailah kasut kegemaranku sambil riang memakan aiskrim. masa tu habih dah rasanya, (aku makan cepat, kesian kat lokman maaaa, dia punya takdak aiskrim..kang dia teringin lak tengok aku nya..) kemudian aku pon menyarung kakiku kedalam kasut itu dan hemmm.. takmuat la pulak. aku mula menolak kakiku kedalam lagi dan babi babi babi babi ada benda sejuk2 dalam kasut itu. aku terus bedebar dan berdoa tolonglah kulit rambutan, sebab terasa ada bulu2. aku mengeluarkan semula kakiku dan memberanikan diri melihat ke dalam kasut itu.
maka terjadilah detik dimana aku mata ke mata bersama katak babi babi babi babi dan terus aku membalingkan kasut itu ke padang rumahku dan sampai bila-bila tak teringin aku nak pakai kasut itu. dan aku mula rasa menyesal tak bagi sikit kat lokman aiskrim aku, kalo tak mesti tadak katak dalam kasut aku. arghhh.

sekian. kesimpulannya. buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat. babi punya katak..

tapi aku dapat kasut baruuuuu, aku bagitau mak aku, lokman campak kasut aku dalam hutan. wuhuuu. yay! yay! yay!

*baa = panggilan utk apek yg menjual aiskrim/bawak bas sekolah/jual air kat luaq sekolah (aku tatau negeri lain panggey apa..ke sama?)

ps: jangan buat jahat pada adik beradik citanya aku nak cita. babi ahh setiap kali aku buat lokman mesti jadi benda. shit shit. lokman magic~

Thursday, August 13, 2009

bila tidak puas di malam hari~

seorang perempuan bertemu dengan seorang perempuan
perempuan A - memulakan hidupnya dengan ceria dan suka hati
perempuan B - memulakan hidupnya dengan ceria dan suka hati (mungkin)

perempuan A - tiada lagi wang, hanya tinggal sekeping rm50 sehingga hujung bulan
perempuan B - tidak diketahui kedudukan kewangannya

dengan hati yang girang, perempuan A memandu keretanya menuju ke ofis, girang kerana dia berjaya pergi awal ke tempat kerja.mulutnya tekumat kamit menyanyikan lagu yang tak penah dihafalkan liriknya. sesampai di tol hujung kiri sekali, dengan perasaan bersalah, dia menghulurkan rm50.50 kepada perempuan B sambil berkata,

"sorry kakak, duit besar, takdek duit kecik. tinggal yang ni je. sorry"

sambil melihat signboard disebelah nama perempuan B itu, tertulis sila tegur sekiranya saya tidak
1) senyum
2) tidak mengucapkan terima kasih
3) senyum

tetapi seperti halilintar si perempuan B ini menjerit,

"heyy tadek duit kecik ke? duit syiling ke, takdek ke? apa pagi2 dah bagi duit besar macam ni. takdek duit kecik ke? cuba tengok, duit syiling ke aper ke?"

perempuan A dalam keadaan terkejut menjawab,
"takdek kakak, sorry itu je yang saya ada."

si celaka perempuan B menjerit lagi

"apa pagi2 bagi duit besar ni, orang baru masuk kerja laaa, takdek duit kecik ke? mana ada tukar duit besar!!! takdek ke duit syiling ke duit kecik ke apaa!! takdek tukar ni, mana nak cari, orang baru masuk keje ni!!!

sambil menghempas hempas cash registernya, dan sesaat kemudian, Nahhh!!!!

perempuan A: "terima kasih kakak. maaflah susahkan kakak."
si celaka perempuan B: merenung tajam dan memerhatikan number keta dan muka masam.

perempuan A kemudian terus berfikir situasi ini dan mula bercakap seorang diri.

"kalo aku ada duit kecik, takkan aku tanak bagi dia kut?
takkan aku sesaja nak bagi duit rm50 ni kat dia.
aku nak buat apa duit kecik?
nak bagi belanja anak2 p sekolah ka?
tapi aku tak kawin gi?
aku nak bayar duit parking ke?
tapi duit parking aku bayar bulan2.
aku nak buat kipas ke duit balance ni?
tapi ofis aku ada aircond.
aku seronok kaa tunggu sampai 5 minit nak tunggu dia kira balance?
tak seronok pun, aku nak sampai ofis awal kot hari ni."



ooooooooooooooooooooooooooooooooo patutlah.
patutlah perempuan B itu hanya bekerja di Kerinchi Link dengan staf id 4826. kalo tak mesti dia dah jadi Gabenor.

janganlah berperangai bangsat sangat~

mari menjadi doktor~

harini aku masuk² ofis, kena suruh pakai mask
maka aku pon pakailah mask ini, tapiii lagi aku takleh benapeh ada aa.
pehtu bila aku benapeh, spek aku jadi kabur mcm baru kuar keta yg pasang aircond kuat², habih kabur tak nampak apa. .

so aku jadi lemaih rimaih cemuih
tapi orang ofis aku ni macam semua dok batuk² ja
aishh takott..
bulehkah saya duduk dirumah saja?
saya suka duduk dirumah bersenang lenang.

ps: patut aku takleh jadi doktor, kalo aku jadi doktor, kena pakai menatang ni, mau aku pengsan sebelum bedah orang. serius takleh benapeh dowhh, arghh arghh nak mati.
ok babai nak p tangkap gambaq, bukan selalu bleh pakai mask~


oh oh, lupa... walopon nak mati takleh benapeh ke apa, pakailah mask, yang mana buleh elakkan kita elakkan, at least kalo mati, kita dah buat yang terbaik dah...so tak sia² aa mati. hihi~

Wednesday, August 12, 2009

dia mula dahhh~

aku baru tukaq kaler blog ni kan kan
aku nak kelabu, (bleh dak aku type kebalu td?wtf) biru and putih ja kan kan
pehtu aku dah mula nak tukaq suma entry aku sebelum ni jugakkk
yang berkaler-kaler tu nak jadi kan putih biru kebalu kelabu jaaa

arghhh tolonglah sesapa mai kata kat aku
tak pa aihhh itu yang lama.
tak yah tukaq
at least tau laa bila start buat putih biru kebalu kelabu

arghh penat aa nak p tukaq suma.
arghhh..nak buat lainnn.
tak cantik dah blog aku nehhh.