Friday, January 7, 2011

Fakelion~

Awal Muharam hari tu, aku,kak yang, ayed dan jo bersama-sama pergi melancong.
kami berempat bangun awal sangat haritu (aku bangun setelah ada 14 missed calls) demi menaiki bas kuning 707.
dan kami sempat bergambar 2-3 sebelum berlepas meninggalkan yus dan hed yang mata kelat.
sebaik-baik sahaja kami duduk di kerusi bas 707, kami semua tidur tak sedar diri.

apabila sedar diri kami sudah sampai di pejabat imigresen malaysia.
maka kami pun kelam kabut bawak turun segala barang-barang peribadi dan berlari pergi mengimbas retina dan berlari semula ke bawah dengan pantas kerana takut ditinggalkan bas 707.
kemudian kami pun duduk semula dan mula ingin memejam mata kerana masih belum cukup tidur.
tiba-tiba driver itu menjerit -

"Woodlands! Woodlands!"
"Jangan ada satu barang pun ditinggalkan atas bas ni! katanya lagi."

maka kami pun berpandangan sesama kami dan penuh rasa kepenatan.
Laa kalo tau tadi, takyah penat2 angkat barang suma.
rupa²nya yang tadi tu tak payah, yang ni baru kena bawak turun beg semua.

sesampai di tempat itu, maka kami pun mengisi borang putih dengan begitu cepat kerana takut ditinggalkan bas.
(Kami takut sebab sudah ditulis dibelakang tiket itu dia hanya tunggu 20 minit saja, kalau tidak babai).
Maka aku pon kelam kabut la tulis sampai aku lupa nama penuh negara kelahiran aku.
Dan memandangkan borang itu dah jadi tak cantik, maka aku terus mengoyaknya dan menulis semula butir2 peribadi aku, kali ini dengan penuh berhati-hati.

setelah berjaya, aku dan kak yang berdiri di barisan paling hujung sekali manakala ayed dan jo barisan sebelah kami.

pada waktu ini, aku mula memahami perasaan Ida Nerina dan Tania.
Setelah di panggil nama oleh pegawai itu yang sampai sekarang kami tak faham kenapa dia kena sebut nama penuh kami semua dengan lantang, dan kami perlu menjawab YES,
dimana takkan kami nak amik passport orang lain, dekat passport ada gambar kut, takkan aku nak amik passport mak aku, rugi aa, aku nak passport aku banyak chop chop, takkan nak free² chop passport orang lain, nak banyak chop p aa melancong Europe bulan 1 ni..(opps).

ok sambung cerita, setelah disebut nama, aku berjalan riang menuju ke jalan compang camping macam the Maze tu, dan menunggu di hadapan tangga.
setelah beberapa minit (aku tak pakai jam dowh, fakkk) pasangan lelaki itu masih belum keluar.
aku takut aku terlepas pandang mereka sewaktu aku menguap tadi sebab aku pejam mata dengan begitu rapat.
berulang kali aku bertanyakan kak yang, depa lepaih dah ka? lepaih dah ka? lepaih dah ka?
tapi oleh kerana jawapan kak yang kadang2 pun macam tak sure, aku sudah ketakutan.aku takut kena marah sebab nanti kalo depa dah turun bawah, nanti aku pula yang disalahkan sebab kena tinggal bas.

selepas kehadapan kebelakang ke sana ke sini mundar mandir akhirnya barulah kunampak jo.
aku mula rasa lega. tapi agak beberapa minit jugak utk ayed turut serta dalam pengesanan x-ray itu.
dan aku nampak begnya dibuka dan diperiksa. sudahhh...kenapa dibuat begitu? aku,kak yang dan jo tak perlu pon. maka ternyata ayed tak buleh dibawak berjalan. fizikalnya penuh kemisterian membuatkan ramai pihak ingin tahu (semoga sabar menunggu 3 tahun)

kami pun sama-sama menuruni tangga.tidak mahu lagi berpisah kerana takut nanti hilang. kami menunggu bas 707. haih lamanya dia kena check, biar benar. dan aku dengan yakinnya berkata, bas express tunggu kat depan kut. memang betul, tapi bas 707 sahaja yang tiada. kami menenangkan perasaan dengan berkata, dia kena tahan lama kut. tapi setelah dekat 25 minit tunggu, campur 30 minit ayed kena tahan tadi, maka jadilah 55 minit maka sahla kami kena tinggal bas. maka terpaksalah kami naik bas no 106 (mcm aku tipu je no dia, mampoih p) menuju ke kranji walaupun pada asalnya kami hendak menaiki bas cw1, tapi sebab tak larat nak tunggu dah, mana-mana bas pergi kranji kami amik. sing ka rm ka sing ka nasib baik collector bus itu riang orangnya dan memberitahu mereka menerima rm10 utk 4 orang.

maka yayyyyy bermulalah perjalanan kami ke negara singapura.

perghh baru permulaan...penat aih. nanti aku sambung lain.

NOTA: (gila babi cita ni dekat 2 thn seyy dok dlm draft.. jo pun dah nak dapat baby dowhh..krohh)
(ok semoga terhibur...)
(cerita ini patutnya dipost pada 7 January 2009)

2 bang bang:

rahsia said...

haha xpe cerita yang lama akan senantiasa dikenang sebagai memori.mungkin boleh jadikan sebagai memori yang terindah gitu.cheers!

Dd. said...

Rahsia, are u singaporean? Bcoz most of singaporean suka guna pekataan 'gitu'

Btw, thanx for ur comment!